Wednesday, February 25, 2009

Kevin Carter

Kalau aku tak da pape nak buat
Memang aku suka membaca
Apa-apa sahaja bahan bacaan
Ini adalah salah satu cerita yang aku nak kongsi



Tentang seorang journalist, dan merangkap photografer profesional
Mati dalam keadaan tertekan di mana akibat selepas dia pergi membuat liputan jurnal
di Sudan, Afrika Selatan.

Kevin Carter

Carter mendapati di sini mempunyai masalah terburuk di negara berkenaan iaitu kebuluran.
Carter melihat kanak-kanak yang kurus kering kebuluran menjadi longlai tidak berdaya..beb!ni gila-gila kering tau..kasihan dan sadis..Carter mendengar kanak-kanak itu menangis merintih mahukan susu ibu yang dah kering juga.Carter sangat tersentuh.


Ketika melewati sebuah kampung, tiba-tiba, dia terdengar rengekkan budak kecil. Langkah Carter terhenti. Memerhati sekeliling dan didapati ada seorang budak perempuan sedang bertinggung di atas tanah memang tidak jauh darinya.



Bogel menunduk ke bumi.Tidak larat apakan daya kaki tidak mahu berdiri untuk berjalan ke tempat bantuan makanan.Kalu dilihat lebih kurang 5 meter darinya ada seekor butung hering berdiri memerhati seperti sedang menunggu lauk makanan tengahari.

Ketika itu Carter tidak jadi memetik punat kameranya kerana mahu menunggu apa agenda burung tersebut.Tetapi malang sudah 20minit menunggu burung tersebut tidak mahu berganjak lantas Carter menghalau burung tersebut dan terus memetik gambar.



Setahun kemudian............




Dia mendapat panggilan telefon daripada The New York Times bahawa gambar tersebut telah memenangi fotografi Pulitzer Prize.

Bagaimana pun selepas dua bulan kemudian dunia wartawan di kejutkan dengan berita kematian Kevin Carter. Dia didapati membunuh diri di dalam trak di Tebing Sungai Braamfonteinspruit, Afrika Selatan ini bermakna dia datang semula ke Afrika Selatan. Kematian beliau berpunca dari asap ekzoz trak beliau.
Di sisi mayat beliau terdapat sekeping nota yang berbunyi...
" Aku tertekan..tiada telefon...duit sewa...duit untuk membantu kanak-kanak..hutang..duit..!!!Aku dihantui ingatan-ingatan menakutkan tentang kematian, mayat, kemarahan, kesakitan...kanak-kanak kebuluran dan luka ada yang cedera, orang yang bergembira apabila melakukan kerosakan, biasanya polis dan si pembunuh..aku ingin menyertai Ken..."
p/s: Ken adalah sahabat baik Carter.Juga terbunuh akibat tertembak secara tidak sengaja semasa merakamkan gambar pertempuran di kalagan pemberontak di bandar itu.
Di sini mencerita bahawa beliau tertekan kerana dibayangi wajah kanak-kanak tersebut.Dia juga di persalahkan kerana tidak membantu budak perempuan tersebut pergi mendapatkan makanan.Carter bukan tidak mahu.Dia rasa serba salah kerana ditakuti dijangkiti penyakit.Dia dituduh hanya mementingkan profesion melebihi naluri kemanusiaan hakiki.
NOTED!
Aku cuba mencari siapakah photojournalist Malaysia.



3 comments:

susudalambotol said...

ada gak terbaca pasal ni. kesian kan.

Putri Ramlan said...

sedih siot...

T.E.M.B.U.N said...

adalah sgt kesian
dah tgk lum foto budak lelaki mandi dgn air kencing lembu
dan makan najis lembu?
nauzubillah..
ya allah...