Monday, May 4, 2009

Terlintas di coretkan....

1. Nasib seorang P.A yang tiada kebesasan

Aku punya seorang teman.Kasihan melihatkan dirinya yang berada seperti didalam sebuah ruang puppet.Puppet?kamu tahu bukan puppet itu dimainkan bagaimana?
Ada bos seperti manusia yang angkuh sombong dengan kedudukan juga tarafnya.
Memang aku akui bos itu bukan sebarang orang mempunyai title Prof terus menjadi tittle Doktor.Yah! memang hebat.
Malah telah dilantik untuk menjadi wakil sultan di daerah ini.
Tapi apa yang aku ingin kongsi di sini.
Tentang sifat angkuh dan suka mengambil kesempatan atas nama besar.
Ish aku malu lah jadi rakyat jelata negeri selangor mempunyai kerabat sultan yang seperti ini.
Pernah juga bos ni telefon aku untuk mendengar rasa tidak puashatinya dengan teman aku ni,
ternyata bos ni bukan seorang yang humble...dia merendah-rendahkan teman aku ni.
Ngata macam-macam.Apa ni?Sepertimana yang aku jelaskan padanya.Teman aku jadi stress and fobia gara-gara sikap dia yang merepek, meraban, sesukahati cakap lepas,suka mencampuri urusan peribadinya sehingga sanggup mengupah orang siasat latarbelakang dan minta seseorang bantunya mendapatkan nombor telefon kekasihnya.Dengan mengunakan kuasa yang bos ni ada dengan sekelip mata bos ni dapat no h/p kekasih teman aku.Wut de f***!!!la wey.....
Ada cara nak tawan hati pekerja bukan dengan menyibuk nak tahu serba serbi apa yang teman aku ni buat 24jam.Ini satu tindakan diluar batasan kau sebagai bos.
Bayangkan lah setiap hari minggunya tak tenteram dek kerana sms tak henti-henti seperti hujan lebat.Ini kisah benar.Aku tak tipu.Jadi merimaskan bukan?
Lantas sekiranya sms tidak dibalas (memang selalu tak dibalas pun) bawa ke hari isnin untuk dituntut seper membalas dendam dengan mencari kesalahan supaya dapat peluang untuk memarahi teman aku ini.Kasihan lah.Stress sungguh!
Hmmm semoga teman dapat kerja lain!
Cukup.


2. Aku yang segan tak bertempat.

Seseorang berhutang duit dengan aku.Tidak Banyak dalam sebutan puluh.
Aku berusan bisnis jadi aku perlulah profesional dengan urusan jual beli bukan.
Tapi sekarang ini aku pula yang segan mahu meminta wang itu.
Aku sudah pun menghantar sms tetapi jawapannya keraguan pada aku.
Malu menanti...

3. Empat bulan sedang bermula.......

Tahap kesibukan belum terasa lagi.
Aku cuma mahu pastikan semua berjalan lancar.Insyaallah.....
:)

My beloved Tuan Manager Akmal sila pergi cari kain sampin anda yeah.....

6 comments:

cik gemuks said...

cik dewy nak kawen yer??

pesan pd teman
sabar lah
insya allah nnt dia akan dpt bos yg baik
cume yg die perlukan sabar

Putri Ramlan said...

1. org mcm tu kena rendam kepala dia bagi lemas. baru sedar diri. pffttt.

2. tak pyh lah nak segan. itu duit u. u ada hak nak mintak. selamba je!

3. yay! i available je kalau nak minta bantuan. let me help! :D

p.s. i miss u!

T.E.M.B.U.N said...

Cik Arween : Hehe cik dewy lum nak nikah lagi.sampin erk?huhuhuhuhuhu

Putriku :
1. Plz Putri help me rendam kepala Tengku tu...

2. Huh pegawai tu kuar lak hari ni.Kata nanti nak bagi..kang i minta lagi..Tak pasal2 i pulak yg tebal muka

3. Sure...nanti i adjuz2kan tang mana u kena tolong i yeah..

p/s: dem it!i miss u too Putri&HiDD

khaleda said...

1. itu bukan bos tp diktator berkuku besi

2. tuntut smpi dpt. bisa jd ceti ;)

3. sampin. mau bikin apa. ehem2

susudalambotol said...

bos dia syok dgn dia kot?

T.E.M.B.U.N said...

khaleda:

1.hehehe meh r dtg sini tgk rupa parasnya...

2.Yess!!!dah berjaya tuntut:)lega...

3.sampin tuk hari raya..lalallala


akk Hiddku : salah satu sebab.Tak kose aku!