Friday, June 5, 2009

Perasaan Aku Yang Pelik.

Dada berdegup kencang bila melihat atau berdekatan atau berhampiran
Dengan polis, tentera, polis trafik, polis jpj, penguatkuasa
Mudah badan-badan unit beruniform
Ntah lah aku tak tahu kenapa.
Baru aku sedar ketika pagi tadi aku bersama teman masuk ke dalam ibu pejabat polis sepang
bila sampai di unit trafik aku duduk di kerusi menuggu
Tunggu teman menyelesaikan bayaran samannya
Tetiba aku tergelak sendiri
Tergelak kecil bila teringatkan perasaan berdebar-debar tu
Teringat ketika aku telah dipanggil oleh polis penyiasat Cawangan Seksyen 8 PJ
Cuak dol!
Bilik gelap sunyi
Polis tu catit tiap apa yang aku ceritakan telus
Seram wey...
Ini tentang curi laptop di rumah sewaku sewaktu belajar dulu
Semua orang di siasat pada berlainan waktu
Second time aku temankan member aku
di Balai Polis Klang, Unit Jenayah
Ni kes Jenayah berat
Boyfriend dia di suspek membunuh
Ya Rabbi
Dalam bilik tuh
Aku pulak terketar sebab polis penyiasat jangan buat main ye kawan-kawan
Garang gila.
Kuat psycho.Serius.Aku tak tipu.
Perasaan aku time tuh semacam.
Berdebar-debar.Cam takutkan sesuatu
Lagi satu aku rasa memang budaya enviroment tiap bilik-bilk mesyuarat atau bilik soal siasat rupa begitu.
Bau asap rokok.
Bau kayu.
Bersepah.
Messy gila lah.
Itu pengalaman aku nak kongsi dengan kamu orang.
Jangan anggap aku ini orang jahat sebab baca tentang masuk balai polis ni. :)

Ha...ni pun sama,
Bayangkan lah bila pakcik yang aku pangil Pak Ucu, balik kampung(dia ni polis trafik)
Ha...tak senang duduk aku di buatnya
Muka dia takdanya nak senyum...
Tapi kalau buat lawak cam haram...senak perut ketawa
Tapi itu bukan alasan hilangkan rasa berdebar yea..hmmm
Begitu juga bila dulu aku tinggal bersama pakcik yang lagi sorang (Navy berpangkat Captain)
Aku panggil Pakcik Sutarji
Orangnya tegas sgt tegas
Di navy dulu kalau sebut nama Sutarji Kasmin mereka pasti ckp paskal jawa cam harimau
Lagi lah cam rasa tiap gerak geri tidak selesa
Takut...
Hahhahahhahahhahhaha.....

Cukup.Jangan nak gelak lebih.Kembung perut.


NOTED: Walaupun takut tengok polis atau tentera aku memang minat nak menjadi anggota pertahanan malaysia.Aku suka.Tapi tidak berhasil.BMI aku failed.Tapi ini sesuatu yang pelik dan takkan dapat difahami.Sekian.

1 comment:

khaleda said...

bapak polisi bikin gwe kecut perut deh
;)