Friday, June 12, 2009

Terpaku jadi luka

PAKU DIDINDING HATIMU...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata :
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. "

NOTED: Aku nak share cerita ni bersama kalian.Logik bukan?Aku akui luka dalam hati aku tak sembuh lagi yang berpunca dari kawan baik sendiri.Kini aku sudah ketepikan dia,dan hikmahnya aku masih lagi mempunyai malah bertambah teman,sahabat,kawan yang lebih baik dari diri dia.Benar.Ini bukan membanding-banding tapi ini hak aku untuk memilih teman bukan?
Aku tidak lokek meluahkan "i love you either i miss you" kepada teman-temanku.Aku suka.Terutama pada Sang Jejaka. :) yeww~~!!!

10 comments:

cik gemuks said...

yupppp
kita berhak utk memilih sesiapa yg boleh menjadi kawan

kerana hanya kita yg mampu melindungi hati dr dilukai

cik ween pn same ngan cik dewy

luka2 kt dlm hati ni
masih tidak terubat lg

Bedepot said...

dinding tu kalo di simen balik okay ma...
hehehhe...

Sre said...

dinding kayu ke batu tu..?? :P

mmg leh touch yp kalu dinding batu.. tapi dah tak sama lah mcm dulu kan cik dewi..

kdg2 kemarahan tu blh buat kite lupa diri.. dan sakitkan ati ramai org..

lately ni tak nak marah2 dah.. ape2 pon wat dek je.. biarlah drg ckp ape pon.. tak yah pedulik..

teman2 jejaka?? hehehee saya mau carik jugak lah

T.E.M.B.U.N said...

cik ween
dah lah erk jgn kita kenang2kan
x syok
abaikan:)

bedepot
ha`a mmg ok
OKEY JE.......
huh~~!!!
kawan abik akmu lah tuh

SHAziela
huhu
itulah..marah2 pun x guna gak kdg2
sbb pun kdg2 bertamabh sakit hati kita
huahuauahuahua

aik!jejaka erk.........
boleh2
cari jejaka 'cry on my shoulder'
;p

dialicious said...

nice one..i agree!

T.E.M.B.U.N said...

sis diah
:)
tq...
be nice gurl nice women nice wife
kan?kan?

sis!
dup!dap!dup!dap!

Putri Ramlan said...

gosh! this is so true.. insaf jap..

~vee~ said...

mkn dlm ni babe. series..hehe
xpe,kita belajar dari kesilapan kan..
sabar dan terus senyum cik dewi! :D xoxo

T.E.M.B.U.N said...

Putri Kayanganku
bagus lah
jgn sakiti hati teman tau
i love you...

vee voo
mmg mkn dlm
hati-hati tau kerika sedang berkawan
hehehhehe
tq so much ur advice

:)

khaleda said...

hi cik dw
sj singgah nk menjengah & menjenguk
:D