Monday, November 9, 2009

Sesat di hutan-review Majalah 3

Ketika aku sedang porak peranda tak tahu mahu bikin apa
malam yang ku rasa semuanay serba tak kena
gara-gara aku lapar
hehehe

Lali dengan agenda malam minggu aku yang tak pernah tak terisi
Jadi bila mana tetiba tak buat apa
Huisshh
Keputusan yang aku ambil
Duduk je rumah
Menonton tv
Oh sedang mencari apa yang menarik malam tu
Aku tertarik dengan cerita umaisarah sesat 19hari sesat di gunung tahan
Tv3-Majalah Tiga

Kasihan ada
Geram pun ada
Tapi aku juga rasa bangga sebab dia kaum hawa yang sangat tabah
Belum tentu semua orang dapat buat seperti dia
19hari sesat di hutan.....termasuk ke dalam hutan dara
Hanya berbekal air sungai
Jiwanya sangat kental
Spiritual yang mantap
Alhamdulillah dia dipanjangkan umur
:)

Tapi tu lah..
Banyak pengajaran yang boleh dikupas sebenarnya
Bila masuk hutan
INGAT!!!
Bukan tempat kita
DISPLIN kan diri
Aku bukan sesaja cakap
Berdasarkan pengalaman aku
Bila mana kita tak displin, tak berjaga cepat saja musibah berlaku
Bila kita masuk hutan lagi-lagi kepada yang memang tak pernah langsung masuk hutan
Ikut arahan
Itu sangat penting
Jangan bersendirian
Walau ke mana saja
Nak pergi 'buang hajat' sekalipun biar berteman dan bagi tahu orang2 penting di situ(yang bersesuaian)
Nak pergi nikmati suasana ke nak tgk pokok ke nak tgk ulat ke inform dan pergilah bersama teman-teman
Ada pantang larang dan juga kaedah-kaedah bila masuk hutan
Jadi ikut je janagn pertikaikan
Melainkan anda seorang yang betul-betul berani dan hebat

Bila sesat
Cuba bertenang
Ye aku faham kita secara tak langsung jadi kalu
Tapi cuba..cuba bertenanag
dan jangan bergerak
Tetapkan diri di mana anda sesat tu
Janagn ke mana-mana lagi
Sebabnya kalau anda bergerak meraban cuba cari jalan
Memang menyukarkan bantuan nak jejaki anda

Itulah serba sedikit aku kongsi tip-tip masuk hutan
sebenarnya banyak lagi
takpelah sape-sape nak bertanya
drop je soalan aku cuba bantu

Pengalaman yang buruk pernah terjadi kat aku
4tahun lepas
Di Gunung Angsi
Serius aku akta aku sanagt marah denagn manusia yang jelik
Tak tahu hormat tempat orang
Bayangkan lebih kurang 80orang dirasuk
Histeria tak henti-henti
Mana tak nya
Bila masuk dan mula mendaki ada pula segelintir pelajar bermesra-mesra
Menyanyi terlalu gembira
Bermain gitar bersuka ria
Magrib patotnya bersolat berjemaah
Ini tidak menyanyi melolong
membuat bising
Serius aku sakit hati dan benci dengan manusia yang tak tahu hormat persekitaran
Tapi itu lah bila mana tak ada jatidiri ditanamkan
Ini lah jadinya
Lantas program 4hari dibatalkan serta merta
Rasukan melarat-larat
:(

Aku pencinta alam
Bila aku menikmati flora dan fauna
Aku tenang

3 comments:

cik gObu said...

hmmm btol
bila masuk hutan

yg paling kena jaga
adab dan mulut

:)

kalo sesat
ikut arah sungai mengalir
insyallah ketemu jalan keluar

p.s cik ween pn suke masuk hutan
panjat gunung

tp dlu arrr
skang dh tua
dh malas

KAK RAINBOW said...

akak pun ikuti majalah 3 kisah umaisarah tu. dia sgt tabah dan cekal.

T.E.M.B.U.N said...

cik ween
yeah..dw pun sama

skrg kalu la si amal benarkan
uisshhh maju da dw ni
hehe
;p

Kak Nurul
hye mummy!
best kan slot kali ni
:)