Hari Khamis
Tepat jam 2.30pagi..
Terbujur kaku tubuh di atas tilam empuk putih
Di selubungi kain putih.
Maka terputus lah segala apa yang ada di dunia
Kasihan.
Kasihan aku melihat penderitaan hidup seorang anak gadis remaja
Yang pada aku tidak sepatutnya menjalani kehidupan yang beronak duri ketika hidupnya
Anak itu amanah dari Allah s.w.t
Aku sedih
Dan semalam memang aku dapat rasa jiwanya tersiksa dengan dendam
Kehancuran kondisi perhubungan ibubapa
hancur segala.
aku marah
aku marah bersebab
kenapa baru sekarang kau nak menyesal
kenapa sekarang yang kau tak sedar kau punya anak
yang cantik
yang bijak
yang perlukan kasih sayang
yang perlukan perhatian
yang perlukan pakaian cantik
yang perlukan makanan yang sedap-sedap
yang perlukan pendidikan
yang perlukan tunjuk ajar
yang perlukan bimbingan wahai mama...............ayah....................
sudah aku tak sanggup nak sambung lagi.
AKU BENCI DENGAN DADAH!!!!!!
aku sedih dan air mata ini aku rasa layak untuk dileraikan.
selayaknya Tuhan ambil nyawanya sahaja.
Biarlah.
Daripada hidupnya sengsara.
:'(
NOTA: salam takziah juga buat seluruh keluarga Allahyarham Abang Din(Din Beramboi) semoga rohnya ditempatkan ditempatkan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH..........................................................
2 comments:
sape ni dwi? :'(
anak kawan mama..
kesian..
semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di tempat ahli syura
*amin
Post a Comment