Wednesday, April 28, 2010

Sedang elok setahun

Orang kata dalam masa kita nak bertunang ni banyak dugaan
Macam-macam lah kan.Mula-mula aku angkuh gak.Aku fikir aku boleh hindari semua tu dengan tak fikirkannya.
Tapi tak gak rupenya.
Aku lupa.Sape kita nak lawan Tuhan
Sekarang aku sedang hadapinya
Dan aku rasa give up,mungkin

Dua bulan lepas aku happy dan excited buat persiapan
Aku dah beli semua barang-barang hantaran
Malah aku dah pun table talk dengan designer baju kahwin aku.
Tiap minggu aku dan Si Tunang keluar mencari dan membeli barang ikut yang amna aku dah
siap masuk dalam diary.
Alhamdulillah semua ok.
Lagi-lagi aku tak lepas peluang serbu jualan gudang macam Metrojaya Sale...
Harga memang berbaloi.(Maaf tak sempat tangkap gambar)
So nak di kira sekarang 90% barang hanataran dah siap beli.
Lega.

Tiba-tiba
Dua minggu lepas Si Tunang bagitahu tarikh majlis yang aku dengan dia dah setuju tu
ada masalah.
Haih..memang buat aku tak da mood.
Maaf shyg.
Bukan apa aku rasa tarikh tu sesuai.
Dan yang pasti aku memang tak nak cuti sekolah.
Tapi sekarang tarikh yang aku nak terpaksa hold dulu sementara
pihak tersebut bincang semula.
(Aku doa sangat-sangat mereka tu setuju lah tarikh tersebut)
Si tunang kata nak postpon bulan 12 -Disember..
Hmm..aku merajuk gak dan emosi aku kacaw.
Ye lah...aku serabut
Dan aku fikir tak payah nak lama sangat buat majlis.Sedang elok kan setahun.
Wait!bukan aku gatal merenyam atau "tak sabar nak buat anak" bukan,.
Yelah maybe pasal aku dah set gini gini then tak jadi tu yang emosi
Hmmm

Aku ada juga minta pendapat teman rapat
Terima kasih.
Yeah benda ni kena lah bawak bincang.Benar.
So tunggu lah keputusan seterusnya.
Si Tunang bagi satu minggu dari Isnin lepas.
Aku harap takyah lah betrgaduh-gaduh
Sebab aku semak.
Yang nak tahu sekarang tarikh yang muktamad.
Cukup.

Macam-macam lah nak kena fikir bila nak buat preparation wedding ni.
Jangan anggap remeh ok.
 Bye

12 comments:

susudalambotol said...

it's ok dewi. dugaan ada kat mana2 je. yg penting semua pihak kenalah ada tolak ansur time2 genting camni kan :)

T.E.M.B.U.N said...

ha`a kak..
dw dah slow talk dgn amal
dia okey tuk ckp kat pihak tersebut
insyallah
dewi kuat!:P

KAK RAINBOW said...

tak pe dewi bincang elok2 ok. akak dulu 2,3 kali postpone tarikh kawin

mimizuzuhaha said...

sabar la wi..kat mana2 pun ada dugaan. hari2 pun ada sebenarnya bkn time tunang je (ceh sembang deraih) bukan ape..just nak ko relax n happy2 slalu..love u babe

Lulu Junior said...

Dewi, takpelah. Kita cuma harap awak positif ok. Diskas bebetul. Pape, bagi taulah kita ye. Anggap ini as part of ujian untuk awak & Amal.

Love u.

cik gObu said...

huhuhu
bersabarlah k

insyallah ade jalan penyelesaian

hehehe
yg penting jgn ikutkan perasaan sangat k

T.E.M.B.U.N said...

NURUL,yerh ye ke kak.ok.fine.ade yg senasib rupenya:)

mimi,betul mi.benda ni ade time.kang dia nak dtg mmg wat kepala aku runsing jap.migrin.hoh!
disebbkan aku ni la gamble and reti la nak berdikari.huish~!

awak,oklah wak jap je emo2 tu.sbb pe wak..sbb bila kena time2 tgh penat wak..haih..phm la..
i love you too wak.thanks ya..
*hug

cik ween
insyaallah...thank you so much ade je awak kan tuk advice
*hug

zielalala... said...

sabar ye dewi..sy phm perasaan tu..sbb kt dh set itu dan ini..berbincang elok2 ye tkt nnti gaduh besar sbb time ni emosi kt xstabil..sy yg lg 2 bln nk kawin ni pn still xdpt nk confirm dewan..memendam perasaan hari2.. :(

T.E.M.B.U.N said...

betul tu ZIELA
dw ni kuat majuk skrg
tu yg kdg2 bila de mslh kena diam dulu kalau tak....
wait!dewan xdpt lagi.knp je?kan hari tu kata ayah uruskan.penuh yeah?

khaleda said...

anggap ni sebagai dugaan. sabar & berbincang elok2. insyaallah suma akan ok.

muahss ;)

T.E.M.B.U.N said...

yerps!dalam masa skrg ni semau benda kena bincang kan wak?
thanks yah drop by
*mwah+hug

cik gObu said...

*hug awak jgk

heheheh sy nasihat skit2 bleh arr

sbb byk2 sy tak pandai ;)

ape2pun take care
jgn kusut2 sgt tao
kesihatan yg penting