"Aku seorang perempuan yang bijak mengatur langkah.
Namun kerana jiwa yang cepat rapuh,kadang kala jatuh.
Aku seorang perempuan yang tabah.
Namun kadangkala jalanan hidupnya lemah.
Aku juga perempuan yang punya hati nurani.
Namun kadang kala hati terusik seperti mahu mati"
tembun 2010
Sepanjang Tahun 2010 seawal bulan Januari 2010
Aku sudah siap sedia untuk merencanakan apa yang aku tulis dalam nota-nota
Apa misi aku 2010
Sesungguhnya perjalanan Tahun 2010 yang pada aku rasakan alhamdulillah tidak serumit cerita karut
Mungkin kerana Tuhan telah memudahkan perjalanan hidup aku
2010 sudah berlabuh dan hanyut
2011 telah membuka tirai
:)
Misi yang telah di tetapkan :
- Bali again :disebabkan husband nak beli sesuatu di sana so insyaallah Bali sekali lagi tahun ini.
- Frienship : Disebabkan atas dasar sedar diri.aku telah berpesan pada diri aku.lebih baik berkawan pada sesiapa yang menghargai aku sebagai kawan/teman rapat/teman bicara rumahtangga/teman nak cerita 18sg/teman meluah perasaan/teman minta nasihat/ atau yang sewaktu dengannya,hargai perasaan sesama mereka.Sebenarnya aku bukanlah manusia yang berlagak dengan kebendaan,poyo bila bercakap,aku bukan suka menunjuk-nunjuk,aku adalah aku yang begitu simple.aku senang berbicara.malah aku suka berkongsi cerita supaya kita belajar sesuatu darinya.aku sangat suka mengingati kawan-kawan jauh mahupun dekat.sungguh perahsia.sudah cukup lah pada siapa yang telah menyakiti hati aku.perasaan yang aku rasa sangat sedih.sangat lah sedih.dan sedih.dan pedih.aku tinggal kan mereka itu bersama kenangan2010.Aku maafkan kalian,tapi untuk melupakan apa yang terkesan dalam hidup aku ini,tak mungkin.Ucapan terima kasih kerana menyedarkan diri aku betapa kau bukanlah kawan sejati hidup mati aku.Mungkin satu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa.Karma bukan? Berkawan biarlah beribu berkasih biar satu.aku setuju kata hikmah itu.Cukup. Senyum indah :)
- SPA : yerh..aku perlu gandakan usaha untuk mendapat jawatan di kerajaan pusat.aku harap dan berdoa salah satu jawatan yang aku pilih nanti memberi berita gembira pada aku:)
- Kerja Part-time :Aku tekad membantu suami tercinta untuk menyiapkan kertas kerja dan sebagainya sebagai jalan meringankan beban kerja.chill shyg ku :) Rasa macam nak buka stall.Jual burger.hahaha tapi tulah buat sorang-sorang tak syok ak?
- Baby : oh Tuhan ku berikanlah aku zuriat yang baik-baik,insan soleh/solehah,kami suami isteri berdoa tahun ini Tuhan perkenankan doa kami.Insyaallah..hehehe....
- Tabung Haji : Yes!mula je Januari 2011 aku nak buka akaun Tabung Haji.Sebulan RM30 pun xpe.tak pun asal ada duit lebih aku masukkan je.(aku nak fight dengan suami dlm akaun tabung haji dia dah banyakkkkkk)*cemburu positif bagus kan?
- Simpanan : Biarpun duit sikit cuba sedaya upaya buat simpanan.aku belajar sesuatu dari mak mentua aku.terima kasih Mak!
- Solat : Sesungguhnya aku lagi naif yang baru terkedek-kedek nak cukupkan solat 5 waktu.aku kena set kat otak ianya WAJIB!banyak lagi dosa lampau yang tak tertanggung azabnya.Subhanallah...hanya solat lah pegangan jalan hidup kita untuk mendapat jalan yang benar.Dari solat ah kita kena berdoa mohon apa sahaaj dari Allah swt.Ingat tu Ratna Dewi Mohd Hailan!
- Nota Kecil : Nota buku kecil yang ke 4 akan di penuhi dengan gambar dan cerita.nak tampal instant film.macam-macam lah.
Pembelian Berperingkat :
- Kerusi Urut Osim :)
- Iphone4
- Tambah lagi koleksi kain cotton
- Mesin Basuh
- TV

4 comments:
smoga ko smakin tabah dan kuat babe.
doa ko berjaya dan capai ape yg ko hajatkan..amin
mish u n love u babe
no, 1, 4 smpai 9...sama lah! :) sama-sama la kite berusaha ye! InsyaAllah.... :)
owh pjg nyer wishlist.
wish u luck bebeh ;)
mimi: mi thanks mi.kau sentiasa ade je kan dgn aku.
i'll always miss u n love you bae.
yash: jom!sama-sama berusaha :)mwah!
cik khalid : ha ler..ada 12 bulan.hahahha tak lah alah tu salah tu mesti ley buat dgn segera,takyah tangguh.betul tak?
thank you bebeh!\mwah!
Post a Comment